A love story that showcases true life instances of love, betrayal, friendship and chasing dreams...
Wednesday, August 25, 2010
Bagi sesiapa yang mangalami masalah tidak dapat melupakan kekasih lama, sila amalkan doa di bawah ini:
Tuesday, July 20, 2010
Aku Naik Pelamin




Kali ini nak cerita cikit tentang pengalaman aku naik pelamin…opss tapi jgn salah paham naik pelamin nie bukan aku yang bersanding tp jadi pengapit sahaja..huhuhu…di pendek kan cerita nya, baru-baru nie aku telah di tawarkan menjadi pengapit sebelah abang ipar aku iaitu Sharma, satu-satu nya abang ipar aku untuk kehidupan aku di dunia ini. Tawaran yang aku terima nie adalah kali ke3 tau baru aku setuju nak jadi pengapit..mula sekali aku di tawarkan jadi pengapit untuk abang aku time dia kawen dahulu, malang nya aku tak dapat hadirkan diri time majlis penikahan dan persandingan mereka. Sedih sangat mesti abg aku dengan akak ipar aku itu marah dekat aku kan. Kepada Abang Anas dengan Kak Sa, jangan simpan dendam tau..pasni tak dating pulak kat wedding mizie nanti..hahahaha…tawaran ke2 aku jadi pengapit nie dari Abang Jie iaitu abang kepada bekas teman wanita aku, Siti Zulaiha. Aku bukan nak tolak segan lar, dah ar tak kenal orang..hehehehe…kepada family siti, mizi mintak maaf lar yerk tak dapat tunaikan permintaan semua. Dan akhir sekali permintaan dari akak aku sendiri…aku terima akhirnya walaupun xpernah ada pengalaman jadi pengapit nie hah…huhuhu…so nie lar aku time jadi pengapit hehehehe….
Thursday, December 3, 2009
Romance- ku ingin kamu
Salam...
Lagu ini actually someone dah dedicate kat aku masa kami bersama..peliknya ramai juga orang yang minat lagu nie..aku tak tau lar kan apa lar keunikan lagu ini...mybe liriknye kowt yang dapat menunjukkan isi hati sesorang pada pasangannya...atau muziknya rancak tapi aku tak rasa cam2 pown....try ar tgok mnew ar tau kan kowg berminat dgn lagu nie jgak...hehehe..selamat menonton yaaaa....
Wednesday, December 2, 2009
Jangan mencari terlalu "sempurna"...

Setelah ikan itu terlekat di mata kail......
Hendaklah kamu mengambil ikan itu......
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja.......
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia
masih hidup......
Begitulah juga......
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang......
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu......
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja......
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu......
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih
mengingati kamu......
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada......
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia
begitu teguh......
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......
Kerana apabila ia mulai RETAK ....tidak sukar untuk kamu
menampal dan memperbaikinya semula......
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja......
Begitulah juga......
Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan diabegitu istimewa......
Anggaplah dia manusia biasa......
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar
untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi......
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu......
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ......
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain......
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ......
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh
menikmatinya lagi......
Kamu akan MENYESAL ......
Begitulah juga......
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ......
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu......
MENYAYANGIMU .... MENGASIHIMU ....dan MENCINTAIMU ....
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain......
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ......
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain......
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi......
kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan
KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang
kita sudah MILIKI ...kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
...itu lebih BERMAKNA !
"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang
hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang
hilang""